Forum rekacipta, inovasi, eksperimentasi dan hasilan DIY komuniti akar umbi di Malaysia.
 
HomeLaman UtamaSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Chein



Posts : 20
Points : 34
Reputation : 0
Join date : 05/12/2010

PostSubject: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Sun Jan 16, 2011 1:20 am

Papan litar driver dah siap. Kerja-kerja coding yang masih tak siap-siap Sad (sebenarnya tak mula lagi pun..)

Harap dapat disiapkan dan dikongsi dalam tempoh terdekat Smile

Spesifikasi setakat ini, setiap satu motor sehingga 12 Watt, power source sehingga 36 watt. Dikawal melalui LPT1 (printer port) PC.

Code: VB / VBA / VB.NET (belum diputuskan)



Back to top Go down
View user profile
Green



Posts : 7
Points : 11
Reputation : 0
Join date : 25/03/2011

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Fri Mar 25, 2011 5:22 am

Salam, Saya sangat berminat dengan Kawalan PC - Driver Stepper Motor ni

Kalau ada ape2 perkembangan dengan projek ni harap @Chein dapat dikongsi disini.
terutama litar, peralatan dan cara pengoprasiannya
Back to top Go down
View user profile
meni



Posts : 7
Points : 7
Reputation : 0
Join date : 29/04/2011

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Sat Apr 30, 2011 1:06 pm

sy juga amat berminat pasal kawalan devices yg menggunakan pc nih..

encik chein, nnt boleh ajar x mcm mana nk buat coding nih?

kalau boleh bukak topik baru ek..
Back to top Go down
View user profile
meni



Posts : 7
Points : 7
Reputation : 0
Join date : 29/04/2011

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Sat May 07, 2011 9:32 pm

meni wrote:
sy juga amat berminat pasal kawalan devices yg menggunakan pc nih..

encik chein, nnt boleh ajar x mcm mana nk buat coding nih?

kalau boleh bukak topik baru ek..

nampaknye takde respon la pulak... Sad
Back to top Go down
View user profile
Chein



Posts : 20
Points : 34
Reputation : 0
Join date : 05/12/2010

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Sat May 07, 2011 9:43 pm

meni wrote:
meni wrote:
sy juga amat berminat pasal kawalan devices yg menggunakan pc nih..

encik chein, nnt boleh ajar x mcm mana nk buat coding nih?

kalau boleh bukak topik baru ek..

nampaknye takde respon la pulak... Sad

Hehhe.. Bahagian pertama boleh rujuk kat sini.. Smile

http://www.rekacipta.net/2011/05/panduan-asas-kawalan-komponen-peranti.html

Basic je dulu tu
Back to top Go down
View user profile
meni



Posts : 7
Points : 7
Reputation : 0
Join date : 29/04/2011

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Wed May 11, 2011 10:42 am

Chein wrote:
meni wrote:
meni wrote:
sy juga amat berminat pasal kawalan devices yg menggunakan pc nih..

encik chein, nnt boleh ajar x mcm mana nk buat coding nih?

kalau boleh bukak topik baru ek..

nampaknye takde respon la pulak... Sad

Hehhe.. Bahagian pertama boleh rujuk kat sini.. Smile

http://www.rekacipta.net/2011/05/panduan-asas-kawalan-komponen-peranti.html

Basic je dulu tu

meni_5555 tu sy la en chein.... Very Happy Very Happy

step pertama dah lulus.. hehehe

en chein, mcm mana nk kasi dua2 led menyala sekaligus? fungsi AND?
Back to top Go down
View user profile
Chein



Posts : 20
Points : 34
Reputation : 0
Join date : 05/12/2010

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Thu May 12, 2011 12:52 am

@meni

tak perlu fungsi AND

Sebagai contoh, kalau nak LED1 hingga LED8 ON, OFF berselang seli, bit-bit yang perlu sampai ke pin data adalah 10101010. Guna windows calculator untuk covert binary ni ke decimal anda akan perolehi = 42.

Maka guna arahan berikut:
Out 888, 42


Kalau nak ON LED7 dan LED8 sahaja, bit-bit yang perlu sampai adalah 11000000, selepas convert ke decimal = 192

Maka arahan seperti berikut:
Out 888, 192



Untuk pin data 888, anda boleh output apa sahaja nilai decimal antara 0 hingga 255, dan anda akan perolehi kombinasi nyalaan led yang berbeza.

untuk pin kawalan 890, perlu ambilkira inversion, tapi konsep adalah sama, anda boleh ouput apa sahaja nilai decimal antara 0 hingga 15 untuk kombinasi nyalaan led yang berbeza

Back to top Go down
View user profile
meni



Posts : 7
Points : 7
Reputation : 0
Join date : 29/04/2011

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Thu May 12, 2011 7:27 pm

@chein

x terpikir la pulak...

senang jer rupenye.. lol!

skrg ni sy nak cuba kawal motor pulak...

sy ambik stepper motor dr printer lama, ade 4 wayar.. 9vdc..2000-4000rpm
4 wayar tu nk sambung mcm mane ek?
dye tulis +,-,A,B
yg sy tau + dgn - je la.. A dgn B x tau nak buat ape..



p/s: sebenarnye sy x tau sgt pasal stepper motor nih...harap2 en chein dpt membantu sy memahami fungsi dan kawalan stepper motor nih..
Back to top Go down
View user profile
Chein



Posts : 20
Points : 34
Reputation : 0
Join date : 05/12/2010

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Thu May 12, 2011 11:45 pm

meni wrote:
@chein

x terpikir la pulak...

senang jer rupenye.. lol!

skrg ni sy nak cuba kawal motor pulak...

sy ambik stepper motor dr printer lama, ade 4 wayar.. 9vdc..2000-4000rpm
4 wayar tu nk sambung mcm mane ek?
dye tulis +,-,A,B
yg sy tau + dgn - je la.. A dgn B x tau nak buat ape..



p/s: sebenarnye sy x tau sgt pasal stepper motor nih...harap2 en chein dpt membantu sy memahami fungsi dan kawalan stepper motor nih..

Aiseh, stepper motor 4 wayar adalah dari jenis bipolar.

Motor bipolar ni, litar kawalan dia rumit sikit (rumit banyak sebenarnya), sebab perlu ada litar H-bridge untuk berselang-seli menukar arah aliran arus.

Pertama sekali, kena kenalpasti pair (pasangan) bagi wayar motor. Sentuh (+) bateri 9v ke wayar A. Kemudian sentuh (-) bateri kepada ketiga-tiga wayar motor secara satu-persatu. Salah satu daripada 3 wayar yang disentuh ni akan membuatkan motor berdetik (sekali shj). Wayar yang menghasilkan detikkan ini adalah wayar "pasangan" kepada wayar A tadi. Lagi dua wayar yang masih tinggal adalah berpasangan antara satu sama lain.

Motor 4 wayar ada 2 "pasangan" wayar.

Untuk menggerakkan motor (stepping), bateri perlu disambung kepada pasangan wayar mengikut urutan berikut, (+)(-) kepada pasangan wayar pertama, (+)(-) kepada pasangan wayar kedua, polariti bateri kemudian diterbalikkan kepada (-)(+) dan disambung kepada pasangan pertama semula, dan polariti bateri kemudian diterbalikkan kepada (-)(+) dan disambung kepada pasangan kedua pula.
Ulang urutan ini dan motor akan bergerak langkah demi langkah melengkapkan pusingan.. hehhe Smile
Perlu banyak trial & error untuk betul-betul faham pasal motor bipolar ni. Sebab kerumitan ni, ramai orang malas nak ambil tahu dan ambil jalan mudah membeli bipolar motor controller ready-made/kit..


Kalau nak belajar kawal stepper motor, saya cadangkan untuk cuba cari motor jenis unipolar terlebih dahulu (5 wayar, atau 6 wayar). Motor jenis ini lebih mudah untuk dipelajari, diuji dan dikawal secara terus menggunakan parallel port.

Kalau ada floppy drive lama mungkin boleh bukak ambil stepper unipolar (tapi bergantung kepada model floppy drive jugak)
Back to top Go down
View user profile
meni



Posts : 7
Points : 7
Reputation : 0
Join date : 29/04/2011

PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   Fri May 13, 2011 5:05 pm

@chein

aduh... mcm rumit(memang rumit pun).. Mad Mad

sy skip dulu la stepper motor nih..

kalau mcm tu, en chein sambung dulu la bahagian seterusnya "Panduan Asas Kawalan Komponen / Peranti Menggunakan Komputer Peribadi (PC)"(ade ke bahagian lain??)



p/s: igtkan nk langkah step..padahal baru nyalakan LED jer pun...hehehe
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC   

Back to top Go down
 
Work In Progress - Driver Stepper Motor Kawalan PC
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Rekacipta.net :: Projek dan Rekaan :: Kongsi Projek, Rekaan, Eksperimen dan DIY-
Jump to: